Monday, July 30, 2012
~perISTiWa 10 RaMADhan yaNG KoWAng x TAu~
Tertawannya Garis Bar Lev, Israel
Pada 10 ramadhan 1390 hijrah bersamaan 6 oktober hingga 22 atau 24 oktober 1973 masihi dalam sejarah moden berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel. Perang Yom Kippur juga dikenali sebagai perang Arab-Israel 1973, perang oktober, dan perang ramadhan.
Peperangan ini adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Jun 1967 merakamkan pertempuran yang mana di utara, Israel berjaya menakluki Bukit Golan, Syria. Manakala di selatan, Israel menakluki semenanjung Senai, Mesir sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan yang dinamakan Garis Bar Lev sempena nama jeneral Israel, Haim Bar Lev.
Tanggal 10 Ramadhan 1390 Hijrah dalam peperangan 6 oktober, tentera Islam pakatan Mesir dan Syria berjaya menawan semula Bukit Golan dan Semenanjung Senai apabila tentera Israel terpaksa berundur mengalah dalam pertempuran tersebut.
Pembukaan Kota Mekah
10 Ramadhan tahun ke-6 hijrah, peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar erjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. dalam perjanjian tersebut, telah dipersetuji bahawa kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang dan setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Nabi Muhammad SAW ataupun sekutu Quraisy.
Malangnya,perjanjian dikhianati oleh uak musyrikin Quraisy. Ekoran itu Rasulullah SAW mengerahkan ratusan ribu umat Islam mara ke Mekah. Baginda menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy. kemaraan umat Islam tidak mampu disekat oleh Musyrikin Quraisy. Akhirnya umat Islam berjaya memasuki Kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Di saat ketika membaca Al-Quran tetibe terbaca beberapa ayat terjemahan yg telah ditande sekian lame: SURAH AS-SAFFAT 39)dan kamu...
-
Sudah pasti anda biasa mendengar ayat ini : "Semua yang BERIMAN (mukmin) itu adalah orang ISLAM (muslim), tetapi bukan semua MUSLIM it...
-
Ce tengok video ni....best!!!!.tak caye tgk..hik hik hik... memang la tak pakai tudung tu boleh..asalkan aurat anda tertutup..tak kisah la n...
-
Ramai antara kita yang tidak mengenali pahlawan-pahlawan islam yang wujud pada masa kini...contohnya As-syahid Sheikh Ahmad Yassin dan Dr Ab...
-
Dalam satu hadis yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w sebagai berikut : "Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh sesuatu penyakit u...
-
Dalam post ini saya ingin berkongsi ilmu yg diperoleh ketika berada di kelas "The Islamic Worldview" di UIAM dan beberapa tambaha...
-
Tentera Islam mengalahkan tentera Mongol Kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir keseluruhan benua asia. Menurut rekod, empayar penakl...
-
Tertawannya Garis Bar Lev, Israel Pada 10 ramadhan 1390 hijrah bersamaan 6 oktober hingga 22 atau 24 oktober 1973 masihi dalam sejarah mo...
-
cerita ini aq perolehi daripada beberapa orang dalam keluarga aku...setelah 20 tahun aku hidup barulah aku mengetahui asal usul datang nya k...
-
SABAR pun nak kene knal kew?..macam-macam lah kn..tapi itu lah yg mencerminkan ISLAM itu sempurna...semua perkara ada penerangan nya..INDAH ...