Sunday, August 26, 2012

~SEjarAH SILam HidUP KeLUarga AKU~

cerita ini aq perolehi daripada beberapa orang dalam keluarga aku...setelah 20 tahun aku hidup barulah aku mengetahui asal usul datang nya keluarga aku bagi SEBELAH BAPA...inilah kisah dari :

daripada cerita AYAH

semasa perang China-Jepun atok aku yang bernama SAM telah lari dari negara asalnya iaitu China bagi menyelamatkan diri dengan belayar di lautan..sesampainya di SELAT MELAKA telah berlaku ribut dan menghanyutkan kapal mereka ke Pantai PENGKALAN BALAK..selepas itu atok aku pon diselamatkan oleh penduduk kampung PENGKALAN BALAK dan dijadikan anak angkat dan diISLAMKAN oleh moyang tiri bernama BABA..

daripada cite EMAK

Emak aku pulak menceritakan tentang keperibadian atuk aku...menurut mak atok aku ni seorang yang kuat zahir dan batin nya..almaklum lah popular sehingga berbini empat dan kuat bekerja..maka berkembanglah family aku..nenek aku adalah isteri yang keempat dan ketika itu atok aku pon da cukup tua..dan tak disangka aku mempunyai sepupu yang berumur hampir 55 tahun..bile jumpe sangatlah janggal kerana pangkat yg same tp aq still hormat die seperti nenek...pelik2..dan menurut mak, atok meninggal ketika berusia 94 tahun lebih..dan ketika itu ayah aku masih budak kecil...dan cerita ini dapat daripda sedara belah isteri2 sebelum nenek aku dan orang kampung...

daripada cite TOK SEDARE (TOKLI)

atok aku seorang yang kuat bekerja dan dimaklumkan ketika itu atok aku agak kaya sehingga mengusahakan ladang di Bukit Apit yg jaraknya 15KM dari pengkalan balak..di suatu ketika atok aku kemalangan menyebabkan kepalanya terhantuk dengan kuat dan menjadikannya ingat2 lupe sesetengah perkara..dan sejak itu atok aku tidak lagi bekerja dan nenek aku lah bertungkus lumus  mencari kerja diserata kampung bagi membesarkan ayah, pakngah dan pak busu..dan sebelum itu emak kepada nenek aku juga berkawin lebih satu tp bkn dlm satu mase..(berkahwin laen selepas kematian suami)..maka tok sedare aku ni mak same tp laen bapak dengan nenek aku..mak kepada nenek aku agak warak ketika itu mengajar org mengaji dan solat..secara tak langsung kebanyakkan jiran dekat umah aku mempunyai kaitan satu same laen..

PENUTUP

dengan itu boleh dikatakan aku adalah GENERASI KETIGA keluarga SAM.. :-)

Sunday, August 5, 2012

~aPE yE yG BERlakU Pada 15 RAmadhAN???~

Tentera Islam mengalahkan tentera Mongol

Kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir keseluruhan benua asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi kawasan seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh lebih dari sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.

Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh Kota Baghdad yang menjadi kemegahan Khilafah Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Khilafah Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di 'Ain Jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa dihukum bunuh.Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya tumpas kepada tentera Islam.

Peperangan Yakhliz

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah tentera Islam dari Khilafah Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya mengalahkan tentera besar Rusia. Seramai 10 000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan tentera Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

Monday, July 30, 2012

~perISTiWa 10 RaMADhan yaNG KoWAng x TAu~


Tertawannya Garis Bar Lev, Israel


Pada 10 ramadhan 1390 hijrah bersamaan 6 oktober hingga 22 atau 24 oktober 1973 masihi dalam sejarah moden berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel. Perang Yom Kippur juga dikenali sebagai perang Arab-Israel 1973, perang oktober, dan perang ramadhan.

Peperangan ini adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Jun 1967 merakamkan pertempuran yang mana di utara, Israel berjaya menakluki Bukit Golan, Syria. Manakala di selatan, Israel menakluki semenanjung Senai, Mesir sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan yang dinamakan Garis Bar Lev sempena nama jeneral Israel, Haim Bar Lev.

Tanggal 10 Ramadhan 1390 Hijrah dalam peperangan 6 oktober, tentera Islam pakatan Mesir dan Syria berjaya menawan semula Bukit Golan dan Semenanjung Senai apabila tentera Israel terpaksa berundur mengalah dalam pertempuran tersebut.


Pembukaan Kota Mekah


10 Ramadhan tahun ke-6 hijrah, peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar erjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. dalam perjanjian tersebut, telah dipersetuji bahawa kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang dan setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Nabi Muhammad SAW ataupun sekutu Quraisy.

Malangnya,perjanjian dikhianati oleh uak musyrikin Quraisy. Ekoran itu Rasulullah SAW mengerahkan ratusan ribu umat Islam mara ke Mekah. Baginda menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy. kemaraan umat Islam tidak mampu disekat oleh Musyrikin Quraisy. Akhirnya umat Islam berjaya memasuki Kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah.

Tuesday, July 24, 2012

~RaMADhaN BuLAn RETREAT~

Ramadhan bulan ajaib sudah tiba. Keinginan untuk mendekati, serta merta bertambah. Sebuah tarikan kuat. Kita ingin menjadi manusia baru melalui proses THE POWER OF 30 DAYS. Bulan RETREAT, segala perlakuan biase kite, kita tinggalkan pada genap 30 sya'ban, melangkah masuk hari pertama ramadhan dengan program komprehensif, bertubi-tubi. Hari biasa, jadual sarapan, makan tengahari dan malam, kini kita berlapar. Hausssss!!!!!!

Lintasan fikiran kita terus ke Padang Mahsyar dengan segala kehausan dan kelaparan, lama dan berat. Tidak tertanggung.Bukankah timbul keinsafan untuk kita menjadi manusia baik yang tidak akan kelak menderita tanpa sesiapa menjenguk menghulur segelas COCA COLA di Perhimpunan Pembalasan yang ngeri itu.

Perut yang kita RAJA kan selama ini mengempis, membakar lemak-lemak yang telah kita kumpulkan setahun lamanya, lalu tidakkah hati tertumpah kepada para Fuqara?, anak-anak yatim dan mereka yang melarat, di mana kelaparan adalah hiasan hidup mereka.

Hati kita menjadi lebih syahdu. Keinsanan seorang insan. Dan keihsanan seharusnya segera memancar, lalu anda menjadi pemurah. Bukankah itu selanjutnya menambahkan pertautan kasih sesama insan CONCERN and CARING?

Saturday, July 21, 2012

~AdaKAH anDA oraNG TErgolong DalAM MimPi RasULULLah S.A.W~


9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
 

~Anda TAHu pEriStIWa 17 RAmaDhAn?~

Peristiwa Badar


Jumaat 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali sebagai perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

Peperangan ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota yang berhadapan dengan 1000 anggota tentera Musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera Musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

~cArA SenaNg DpTkan pAHala WalaUPUn Slps Mati~

--> pasang kipas di surau/masjid walaupun 1, setiap kali org gune, anda dpt pahala walaupun slpas mati.

--> derma kerusi roda di hospital. setiap kali pesakit guna, anda akan dapat pahala.

--> sedekah baju kepada orang, setiap kali orang pakai. anda dapat pahala.

--> beri makanan kepada orang, anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya.

--> menyampaikan ilmu yang bermanfaat, selagi mereka mengamalkan pahala amda tetap ada.

--> kongsi post ini kepada orang ramai walaupun seorang, anda akan dapat pahala sebab anda telah berdakwah utk menyampaikan ilmu.

bermacam-macam care mudah kte blh dpt pahala, asalkan memberi dgn ikhlas...

....tangan yang memberi lebih baik daripada yg menerima...

Popular Posts