Sunday, August 5, 2012

~aPE yE yG BERlakU Pada 15 RAmadhAN???~

Tentera Islam mengalahkan tentera Mongol

Kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir keseluruhan benua asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi kawasan seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh lebih dari sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.

Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh Kota Baghdad yang menjadi kemegahan Khilafah Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Khilafah Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di 'Ain Jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa dihukum bunuh.Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya tumpas kepada tentera Islam.

Peperangan Yakhliz

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah tentera Islam dari Khilafah Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya mengalahkan tentera besar Rusia. Seramai 10 000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan tentera Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts