Friday, March 16, 2012

"Ehhh BOLEH lah tak pkai TUDUNG...."

Ce tengok video ni....best!!!!.tak caye tgk..hik hik hik...
memang la tak pakai tudung tu boleh..asalkan aurat anda tertutup..tak kisah la nak ganti tudung ngan tudung saji kew or kain pelekat kew...asalkan aurat ditutup..pahamm!!!!...

Ape???.Hidayah Allah tak datang lagi...weh ingat HIDAYAH ALLAH tu adik, akak, nenek or ibu korang kew boleh datang kat ko sendiri..kene lah usaha beb..

HIDAYAH tu petunjuk..Allah dah bagi pun petunjukNYA kat kowang sume..eh tak caye plak...AL-QURAN lah petunjuknya..dalam AL-QURAN da ad petunjuk ALLAH dah tentang kewajipan menutup AURAT..tapi mengapa masih ad yg CAKAP "aku tak dapat HIDAYAH(petunjuk) dari ALLAH lagi".....tak dicari mane nak dpt lew...mcm kat dunia ni nak sesuatu bkn nye FREE sume..usehe beb usehe...

nak tunggu sampai bile lagi????....Maut tak kira mase dan tak akan menunggu kite...ow baru ingat..HIDAYAH yg korang TUNGGU tu time da DIKAFAN tu kan..TIME tu lah aurat kowang tertutup sempurna kn...sampai TUTUP LITUP lg..SUBHANALLAH...INGATLAH JANJI ALLAH ITU BENAR...

Wednesday, March 14, 2012

"Woi!!!Siapa Kata???"...


SIAPA KATA?

SIAPA KATA USTAZ tak pernah buat DOSA..
SIAPA KATA PAKAR KAUNSELING tak ada MASALAH..
SIAPA KATA CIKGU tak pernah buat SILAP..
SIAPA KATA CHEF tak pernah masak NASI MENTAH..
SIAPA KATA DOKTOR tak pernah SAKIT..
SIAPA KATA PROFESOR tak pernah kena tipu..
(walaupun PROFESOR serba TAHU..)...

INGATLAH Bahawa,,

Semua MANUSIA yang HIDUP Di DUNIA ini,,
ALLAH berikan KELEBIHAN dan KEKURANGAN masing2..

ALLAH berikan KELEBIHAN,,
Bukanlah 100% diBERI semua pengeTAHUan..

ALLAH berikan KEKURANGAN,,
Bukanlah sehingga ia mengHINAkan..

Allah itu Maha ADIL..

Jika Allah beri semua manusia itu KEKAYAAN maka Allah mungkin tidak akan beri AKAL,,

Maka Allah berikan AKAL utk mencari KEKAYAAN (duniawi & ukhrawi),,

Jika Allah beri atau tidak kedua-duanya (KEKAYAAN & AKAL) mungkin itu satu ujian utk menguji keIMANAN seseorang...

"tidak boleh mereka berkata mereka sudah beriman selagi seseorang itu masih belum diUJI keIMANANnya"


Terkadang sengaja ALLAH menyulitkan perkara yang kita PAKAR,,
AGAR kita tidak perlu SOMBONG..
AGAR kita sentiasa menjadi HAMBA yang berSYUKUR kepada-NYA..
renung2 kan kawan2..

"Mari kenal SABAR anda..."


SABAR pun nak kene knal kew?..macam-macam lah kn..tapi itu lah yg mencerminkan ISLAM itu sempurna...semua perkara ada penerangan nya..INDAH kn ISLAM ni..jom kite knal ape dan SABAR mane yg kite ada..

keSABARan dalam bentuk ROHANIAH terbahagi kepada 5 :

1)IFFAH iaitu sabar menahan NAFSU dan SEKS...

2)TASAMUH iaitu menahan diri dan berLAPANG DADA dalam menghadapi LAWAN..bukan tunjuk dada kat lawan..heeeee...

3)KITMAN iaitu menahan diri dan memelihara RAHSIA, baik rahsia sendiri mahupun rahsia orang lain dan apetah lagi rahsia SUAMI ISTERI....simpan baik-baik ye syg rahsia kite berdua (contoh)..hihihi..

4)ZUHUD iaitu menahan diri dari GODAAN keduniaan dalam usaha memperoleh kebahagian di akhirat kelak...da biase dengar kn...

5)QANAAH iaitu menahan diri dari HIDUP BERLEBIH-LEBIHAN dan sentiasa merasa PUAS dengan kehidupan yang sesuai dengan hasil USAHA...

SABAR ni adalah menahan diri kita daripada sesuatu...so, kita ada kew sume kesabaran ni?...INSYAALLAH...banyak KELEBIHAN orang yang SABAR ni sebenarnya..cume kite je tak tahu..terkadang tu ad BATAS nye jugak kn kesabaran kite..tapi hati-hati jika ia mungkin ada kaitan dengan godaan SYAITAN...

Allah berfirman dalam surah AL-BAQARAH (klik sini)
Allah juga berfirman dalam surah AL-ANFAL (klik sini)

Cehhh..skrang blajar secara INTERAKTIF gitu...bkn MALAS eh..
Dengan cara ni boleh la tgk terjemahan yang pelbagai..dan juga blh dengar BACAAN yang betul dan sedap didengari...


InsyaAllah kita amalkan bersama-sama...Wallahua'lam..

Tuesday, March 13, 2012

"Korang TIDAK akan ke mana-mana.."

Dalam post ini saya ingin berkongsi ilmu yg diperoleh ketika berada di kelas "The Islamic Worldview" di UIAM dan beberapa tambahan daripada AKU sendiri...
Di dalam satu hadith yang berbunyi lebih kurang begini:

Daripada Ibnu Mas'ud (R), Rasulullah S.A.W bersabda:" Seseorang tidak akan berganjak dari tempatnya sehingga mereka ditanya akan 5 soalan ini di akhirat nanti:

1)Apa yg telah kamu lakukan sepanjang UMUR kamu?
2)Apa yg telah kamu lakukan dalam HIDUP kamu?
3)Bagaimana kamu membelanjakan masa MUDA kamu?
4)Bagaimana kamu mencari REZEKI & HARTA dan ke mana kamu belanjakan?
5)Bagaimana kamu memperoleh ILMU & mcm mana ILMU itu diAMALkn?

(*maaf kerana tidak mnyatakan riwayat siapa kerana hadith yg dinyatakn di dlm kelas secara lisan oleh lecturer tanpa mnyebut riwayat, InsyaAllah hadith sahih sperti yg dinyatakan lecturer)

KITA hidup BERKHIDMAT untuk ISLAM, bukannya ISLAM BERKHIDMAT untuk KITA ;
KITA yang menolong AGAMA kita, bukannya AGAMA kita yang MENOLONG kita;
Barulah ISLAM itu menjadi halatuju hidup KITA....(^_^)...

Selain itu,
JANGANLAH kita bertuhankan orang A'LIM seperti menyanjungnya lebih dari ALLAH & RASULULLAH S.A.W...(cth: setiap perilaku yg tiada dlm SUNNAH pun menjadi ikutan & dengan niat selain mngikut SUNNAH RASULULLAH)..tetapi hidup mestilah berlandaskan ALLAH & RASULNYA...Orang A'lim hanya sebagai penyampai dan penyambung kerja Nabi dan telah diberikan kelebihan darjat oleh Allah..tak perlulah menyanjung secara berlebihan yakni TA'ASUB..keTA'ASUBAN ini akan membawa kepada pepecahan umat seperti TA'ASUB berPOLITIK atau TA'ASUB mengikut orang A'LIM sehingga membuat satu group yang mengasingkan mereka daripada masyarakat untuk kepentingan sendiri..

Tambahan pula,
Kita BERPECAH/BERMAZHAB bukan sebab bercanggah dlm AL-QURAN tetapi bercanggah dlm berHADITH..Kita TIDAK disuruh mengikut hadith tetapi kita disuruh dan perlu mengikut SUNNAH Rasulullah..contohnya BERDIRI TEGAK ketika solat; bagi Mazhab Maliki, kedua tangan hendaklah lurus ke bawah selepas takbiratul ihram dan bagi Mazhab Syafie', meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri (faham2 la ye)...kedua-dua Mazhab ada HUJAH hadith masing-masing..tetapi apa SUNNAHnya???...haaaaa...SUNNAHnya adalah BERDIRI TEGAK, tidak kiralah tangan mcm mana pun asalkan BERDIRI TEGAK..rukun SOLAT yg kita belajar pun BERDIRI TEGAK, takda pun nyatakan tangan mcm manekan..Jap2!!!..RUKUN SOLAT ad berapa dan rukun TERAKHIR ape?(jawab dlu sebelum bace seterusnya)...betulkah anda jawab tiga belas & tertib...ada jugak yang jawab rukun solat yg AKHIR adalah SALAM..hahaha..amboi gelak jahat..Alhamdulillah klo betul..klo salah CHECK balik solat tu..hehehe..

Akhir sekali,
Dan ketahuilah salah satu daripada SIFAT ISLAM(Rabbaniyyah, Syumuliah,A'lamiah & At-tawazan(seimbang/sederhana)..)..yakni ISLAM itu SYUMUL (sempurna dlm segala aspek)..Hanya Islam yg mengajar kita cara untuk hidup (cth:nak ketandas pun ad cara & nak bersama isteri pun ada cara)..maka memang sempurna Islam ini..Allah berfirman:"telah AKU sempurnakan ISLAM bagi kamu, dan AKU redha ISLAM sebagai AGAMA kamu"...bezanya dengan agama lain adalah Agama laen asyik cite pasal TUHAN mereka je..takdo nak cito2 pasal kehidupan sgt..hehehe..sbb tu ramai Kristian tak ikut sgt ape yg ada dlm BIBLE sbb itulah..apa yg dinyatakan oleh lecturer AKU,perempuan Kristian yg tidak memakai SHAWL or selendang/tudung whatever, mereka hendaklah mencukur kepala mereka..tetapi mreka tak ikut pon..Oleh itu yakinlah bahawa ISLAM sebagai "THE WAY OF LIFE" dan bknnya AGAMA semata-mata...Wallahua'lam..

Monday, March 12, 2012

"BerIMAN ke AKU & ISLAM kah AKU???"




Sudah pasti anda biasa mendengar ayat ini : "Semua yang BERIMAN (mukmin) itu adalah orang ISLAM (muslim), tetapi bukan semua MUSLIM itu adalah MUKMIN..

Ayat ini membawa maksud yang jelas iaitu apabila seseorang itu PERCAYA & YAKIN sepenuhnya akan apa-apa yang terkandung di dalam RUKUN IMAN [Percaya dan Yakin 1)Allah sebagai tuhan..2)Malaikat itu wujud..3) 4 Kitab suci yang pernah ada... 4)Semua Rasul-rasul bknnya Nabi Muhammad sahaja (ramai yang salah ini)...5) Akhirat itu pasti..6) Qada' & Qadar Allah itu benar...]...maka mereka akan melakukan semua RUKUN ISLAM [1) hanya Allah sbg TUHAN, & Nabi Muhammad S.A.W sbg Rasul...2)Solat 5 waktu sehari semalam...3)Berpuasa di bulan Ramadhan...4) Membayar zakat..5)Menunaikan haji bg yg berkemampuan..]..dengan sempurna kerana dia yakin ALLAH itu tuhannya...Dan bagi mereka yang tidak melaksanakan apa yang ada dalam RUKUN ISLAM maka mereka blh dikatakan TIDAK mempunyai kepercayaan dan keyakinan SEPENUHNYA terhadap apa-apa yang ada dlm RUKUN IMAN...

Maka MUKMIN adalah orang yang punyai kepercayaan "SEPENUHNYA" terhadap RUKUN IMAN dan apabila seseorang itu percaya akan RUKUN IMAN maka sudah semestinya dia melaksanakan RUKUN ISLAM..

Jadi, ce bertanya diri "BERIMAN kah AKU, Tak pun ISLAM kah AKU???"..
Jangan atas NAMA sahaja...Wallahua'llam..

"Tentang Jiwa yang Kotor"



Dalam satu hadis yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w sebagai berikut :
"Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh sesuatu penyakit umat. Para Sahabat bertanya: "Apakah penyakit umat itu?".

Rasulullah menjawab:

1)Kufur nikmat
2)Sombong
3)Tamak
4)Berlumba-lumba buat jahat
5)Benci-membenci
6)Dengki melampaui batas

Popular Posts