Sunday, August 26, 2012

~SEjarAH SILam HidUP KeLUarga AKU~

cerita ini aq perolehi daripada beberapa orang dalam keluarga aku...setelah 20 tahun aku hidup barulah aku mengetahui asal usul datang nya keluarga aku bagi SEBELAH BAPA...inilah kisah dari :

daripada cerita AYAH

semasa perang China-Jepun atok aku yang bernama SAM telah lari dari negara asalnya iaitu China bagi menyelamatkan diri dengan belayar di lautan..sesampainya di SELAT MELAKA telah berlaku ribut dan menghanyutkan kapal mereka ke Pantai PENGKALAN BALAK..selepas itu atok aku pon diselamatkan oleh penduduk kampung PENGKALAN BALAK dan dijadikan anak angkat dan diISLAMKAN oleh moyang tiri bernama BABA..

daripada cite EMAK

Emak aku pulak menceritakan tentang keperibadian atuk aku...menurut mak atok aku ni seorang yang kuat zahir dan batin nya..almaklum lah popular sehingga berbini empat dan kuat bekerja..maka berkembanglah family aku..nenek aku adalah isteri yang keempat dan ketika itu atok aku pon da cukup tua..dan tak disangka aku mempunyai sepupu yang berumur hampir 55 tahun..bile jumpe sangatlah janggal kerana pangkat yg same tp aq still hormat die seperti nenek...pelik2..dan menurut mak, atok meninggal ketika berusia 94 tahun lebih..dan ketika itu ayah aku masih budak kecil...dan cerita ini dapat daripda sedara belah isteri2 sebelum nenek aku dan orang kampung...

daripada cite TOK SEDARE (TOKLI)

atok aku seorang yang kuat bekerja dan dimaklumkan ketika itu atok aku agak kaya sehingga mengusahakan ladang di Bukit Apit yg jaraknya 15KM dari pengkalan balak..di suatu ketika atok aku kemalangan menyebabkan kepalanya terhantuk dengan kuat dan menjadikannya ingat2 lupe sesetengah perkara..dan sejak itu atok aku tidak lagi bekerja dan nenek aku lah bertungkus lumus  mencari kerja diserata kampung bagi membesarkan ayah, pakngah dan pak busu..dan sebelum itu emak kepada nenek aku juga berkawin lebih satu tp bkn dlm satu mase..(berkahwin laen selepas kematian suami)..maka tok sedare aku ni mak same tp laen bapak dengan nenek aku..mak kepada nenek aku agak warak ketika itu mengajar org mengaji dan solat..secara tak langsung kebanyakkan jiran dekat umah aku mempunyai kaitan satu same laen..

PENUTUP

dengan itu boleh dikatakan aku adalah GENERASI KETIGA keluarga SAM.. :-)

Sunday, August 5, 2012

~aPE yE yG BERlakU Pada 15 RAmadhAN???~

Tentera Islam mengalahkan tentera Mongol

Kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir keseluruhan benua asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi kawasan seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh lebih dari sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.

Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh Kota Baghdad yang menjadi kemegahan Khilafah Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Khilafah Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di 'Ain Jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa dihukum bunuh.Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya tumpas kepada tentera Islam.

Peperangan Yakhliz

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah tentera Islam dari Khilafah Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya mengalahkan tentera besar Rusia. Seramai 10 000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan tentera Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

Monday, July 30, 2012

~perISTiWa 10 RaMADhan yaNG KoWAng x TAu~


Tertawannya Garis Bar Lev, Israel


Pada 10 ramadhan 1390 hijrah bersamaan 6 oktober hingga 22 atau 24 oktober 1973 masihi dalam sejarah moden berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel. Perang Yom Kippur juga dikenali sebagai perang Arab-Israel 1973, perang oktober, dan perang ramadhan.

Peperangan ini adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Jun 1967 merakamkan pertempuran yang mana di utara, Israel berjaya menakluki Bukit Golan, Syria. Manakala di selatan, Israel menakluki semenanjung Senai, Mesir sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan yang dinamakan Garis Bar Lev sempena nama jeneral Israel, Haim Bar Lev.

Tanggal 10 Ramadhan 1390 Hijrah dalam peperangan 6 oktober, tentera Islam pakatan Mesir dan Syria berjaya menawan semula Bukit Golan dan Semenanjung Senai apabila tentera Israel terpaksa berundur mengalah dalam pertempuran tersebut.


Pembukaan Kota Mekah


10 Ramadhan tahun ke-6 hijrah, peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar erjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. dalam perjanjian tersebut, telah dipersetuji bahawa kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang dan setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Nabi Muhammad SAW ataupun sekutu Quraisy.

Malangnya,perjanjian dikhianati oleh uak musyrikin Quraisy. Ekoran itu Rasulullah SAW mengerahkan ratusan ribu umat Islam mara ke Mekah. Baginda menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy. kemaraan umat Islam tidak mampu disekat oleh Musyrikin Quraisy. Akhirnya umat Islam berjaya memasuki Kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah.

Tuesday, July 24, 2012

~RaMADhaN BuLAn RETREAT~

Ramadhan bulan ajaib sudah tiba. Keinginan untuk mendekati, serta merta bertambah. Sebuah tarikan kuat. Kita ingin menjadi manusia baru melalui proses THE POWER OF 30 DAYS. Bulan RETREAT, segala perlakuan biase kite, kita tinggalkan pada genap 30 sya'ban, melangkah masuk hari pertama ramadhan dengan program komprehensif, bertubi-tubi. Hari biasa, jadual sarapan, makan tengahari dan malam, kini kita berlapar. Hausssss!!!!!!

Lintasan fikiran kita terus ke Padang Mahsyar dengan segala kehausan dan kelaparan, lama dan berat. Tidak tertanggung.Bukankah timbul keinsafan untuk kita menjadi manusia baik yang tidak akan kelak menderita tanpa sesiapa menjenguk menghulur segelas COCA COLA di Perhimpunan Pembalasan yang ngeri itu.

Perut yang kita RAJA kan selama ini mengempis, membakar lemak-lemak yang telah kita kumpulkan setahun lamanya, lalu tidakkah hati tertumpah kepada para Fuqara?, anak-anak yatim dan mereka yang melarat, di mana kelaparan adalah hiasan hidup mereka.

Hati kita menjadi lebih syahdu. Keinsanan seorang insan. Dan keihsanan seharusnya segera memancar, lalu anda menjadi pemurah. Bukankah itu selanjutnya menambahkan pertautan kasih sesama insan CONCERN and CARING?

Saturday, July 21, 2012

~AdaKAH anDA oraNG TErgolong DalAM MimPi RasULULLah S.A.W~


9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
 

~Anda TAHu pEriStIWa 17 RAmaDhAn?~

Peristiwa Badar


Jumaat 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali sebagai perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

Peperangan ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota yang berhadapan dengan 1000 anggota tentera Musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera Musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

~cArA SenaNg DpTkan pAHala WalaUPUn Slps Mati~

--> pasang kipas di surau/masjid walaupun 1, setiap kali org gune, anda dpt pahala walaupun slpas mati.

--> derma kerusi roda di hospital. setiap kali pesakit guna, anda akan dapat pahala.

--> sedekah baju kepada orang, setiap kali orang pakai. anda dapat pahala.

--> beri makanan kepada orang, anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya.

--> menyampaikan ilmu yang bermanfaat, selagi mereka mengamalkan pahala amda tetap ada.

--> kongsi post ini kepada orang ramai walaupun seorang, anda akan dapat pahala sebab anda telah berdakwah utk menyampaikan ilmu.

bermacam-macam care mudah kte blh dpt pahala, asalkan memberi dgn ikhlas...

....tangan yang memberi lebih baik daripada yg menerima...

Friday, July 20, 2012

~FaDiLaT SoLat TeRawIh daN KeLeBiHan RamaDHan ~

"barangsiapa yang mendirikan solat (terawih) pada malam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas maka Allah akan mengampuni dosa nya yang telah lalu"-riwayat Muslim-

Hadis Abu Hurairah R.A:
"Rasulullah S.A.W beersabda : Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu"

Abu Hurairah telah berkata:
aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : sesiapa yang  mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu- hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi.

Monday, July 9, 2012

~ApE guNa AkaL KiTE~


Akal alat dan pemimpin orang mukmin

Diriwayatkan oleh Kaab dan Abu Hurairah;
Soalan kepada Rasulullah (lebih kurang begini):

Apakah itu pintar?,apakah itu berbakti?, dan yang mana lebih utama:

Jawab Rasulullah:

#setiap sesuatu mempunyai alat, setiap orang mempunyai pemimpin dan setiap kamu mempunyai tujuan dan paling utama bagi hamba Allah ialah KHAYATUL QULUB (AKAL).

Saidatina Aisyah:

Akal ada 10 bahagian à 5 bahagian yang nampak             à 5 bahagian tersembunyi

Adapun yang nampak:

11)      Diam (dari berkata perkara yang sia-sia dan lalai)
22)      Sabar
33)      Rendah hati
44)      Takut kepada Allah
55)      Mengawal hawa nafsu

Thursday, May 3, 2012

"Kau Takde Hak Pon Nak Kafirkan Aku"


Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :

    "Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya (se-islam) dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "

bererti jika di akhirat nnt jika org yg dituduh itu tidak kafir maka org yg menuduh itu yg akan kafir...

Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :

    "Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."

 Kita disuruh mengislamkan orang dan bukannya mengkafirkan org. Tak ada satu hadis pun yang menyuruh orang Islam mengkafirkan sesama Islam. Tuduhan kafir hanya dibenarkan jika JELAS terdapat bukti-bukti kekafirannya.itu pun mesti dihadapkan kepada pihak penguasa utk membuat ketetapan dan bukannya kerja individu. Kita boleh jadi murtad melalui tiga perkara iaitu iktiqad,lisan dan perbuatan. Hanya Allah yg tahu kedudukan sebenar dia disisi NYa. Kita sesama Islam disuruh bersangka baik. Jadi tidak boleh dgn mudah melemparkan perkataan kafir kpd pelaku maksiat spt penzina, peminum arak, dll. Ulamak ASWJ telah sepakat melakukan dosa besar tidak menjatuhkan seseorang itu menjadi kafir. Kalau nak selamat peliharalah lidah.

menghukum biarlah ada landasannya iaitu al-quran dan sunnah....hanya Allah s.w.t berhak menghukum....

Saturday, April 28, 2012

"sebahagian keHIDUPAN anDa di SyurGA nanti..."

Di saat ketika membaca Al-Quran tetibe terbaca beberapa ayat terjemahan yg telah ditande sekian lame:

SURAH AS-SAFFAT

39)dan kamu tidak diberi balasan melainkan terhadap apa yang telah kamu kerjakan,
40)tetapi hamba-hamba Allah yg dibersihkan(dari dosa)
41)mereka itu memperoleh rezeki yang sudah ditentukan
42)(iaitu)buah-buahan.dan mereka orang yang dimuliakan,
43)di dalam syurga yang penuh kenikmatan,
44)(mereka duduk) berhadap-hadapan di atas dipan-dipan.
45)kepada mereka diedarkan gelas (yg berisi air) dari mata air (syurga),
46)(warnanya) putih bersih, sedap rasanya bagi orang-orang yg minum.
47)tidak ada di dlmnya (unsur) yang memabukkn dan mereka tidak mabuk kerananya.
48)dan di sisi mereka ada (BIDADARI-BIDADARI) yg bermata indah, dan membatasi pandangannya,
49)seakan-akan mereka adalah telur yang tersimpan dengan baik.
50)lalu mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bercakap-cakap.
51)..........
Tidakkah kita menginginkan kehidupan seperti ini nanti...

"Harus niat 4 Perkara di pagi Hari..."


Harus niat empat perkara

Seorang hakim pernah berkata; “di waktu pagi harus berniat empat perkara”;

1)menunaikan kewajipan kepada Allah
2)meninggalkan larangan Allah
3)menyelesaikan urusan dengan orang yang kita berurusan
4)memperbaiki hubungan dengan lawan kita

jika di setiap pagi punya niat demikian ada harapan termasuk orang soleh yang untung.

#Manusia di waktu pagi ada 3 macam:
1)mencari harta
2)mencari dosa
3)mencari jalan yang diredhai Allah

Bagi mereka yang sibuk mencari harta maka tidak akan makan lebih daripada rezekinya meskipun hartanya sangat banyak..
Bagi yang sibuk mencari dosa maka pasti mendapat kehinaan..
Bagi yang sibuk mencari jalan yang diradhai Allah maka Allah akan menberinya rezeki dan jalan..

Monday, April 9, 2012

"Anda kenal pahlawan Islam di era baru?"


Ramai antara kita yang tidak mengenali pahlawan-pahlawan islam yang wujud pada masa kini...contohnya As-syahid Sheikh Ahmad Yassin dan Dr Abdul Aziz Rantisi..mereka adalah pemimpin islam yang menentang kezaliman zionis hingga SYAHID dan sanggup mati ditembak APACHE (sejenis helikopter) daripada mati kerana sakit...peristiwa ini kurang daripada 10 tahun lepas...dan juga kenali wira2 sebelum mereka..


Tuesday, March 27, 2012

"Mari Bace Wasiat Anda"


Sebenarnya ini adalah WASIAT IMAM SYAFIE kepada kite dalam BERDOA...jom bace sekejap...

1)Nilai Sebuah Doa

Adakah engkau menganggap rendah nilai sebuah doa?
Padahal engkau tidak mengetahui pengaruh sebuah doa.Tidak ada salaha engkau berdoa ditengah malam.Tetapi renungkanlah bahawa malam memiliki batas yang pasti akan berakhir...

2)Hari Untuk Berdoa

Sebuah catatan pernah dibacakan oleh Abu Sulayman Al-Kaththabi kepada sebahagian dari murid-muridnya.

Beliau berkata:
"Dahulu pada hari-hari saat Imam Syafie menunaikan ibadah haji, ada sesuatu kesempatan yang digunakan olehnya untuk mengkaji berbagai masalah. Tiba-tiba ada seorang wanita menyampaikan sebuah lembaran bertuliskan:"

semoga Allah megampuni dosa orang yang memberi pertolongan dengan doa terhadap dua orang yang dahulunya selalu bersahabat. Kemudian mereka bercerai-berai kerana dikuasai oleh nafsu mereka. Setelah itu hilanglah rasa persahabatan di antara keduanya.

Al-Kaththabi melanjutkan " Lalu Imam Syafie menangis sambil mengatakan, hari ini bukanlah hari untuk berdebat. Hari ini adalah hari untuk berdoa. Kemudian Imam Syafie terus menerus mengucapkan Allah humma....Allah humma...hingga semua sahabatnya pulang.."

3)Hindarilah Doa Orang Yang Teraniaya

Kebanyakan orang zalim telah engkau perangi, namun dia akan tetap seperti yang ditakdirkan. Bagiku Islam tidak lain dari mengajarkan Ibadah dan Doa-Doa yang tidak dapat ditangkis dengan baju-baju besi.

Jangan engkau menganggap remeh doa orang yang teraniaya, kerana doanya menembusi orang zalim dan pengikutnya bagaikan panah dari negeri Qis. Doanya akan masuk ke dalam jiwa dan tubuhnya bagaikan anak panah yang menembusi tubuhnya. Ekornya adalah bulu matanya, pelicinnya adalah air matanya...

4)Aku Tidak Peduli

Cukuplah Engkau(Allah) sebagai Pelindungku, kerana dalam diriMu terkandung pelindung hatiku..
Aku tidak peduli, bilakah cintaMU tiba. Selamanya tidak ada yang menghalangi kedatangan cintaMU kepadaku...

5)Jangan Berputus Asa Dari Rahmat Allah

Apabila pagimu telah penuh dengan DOSA, dan Engkau takut akan seksa-seksaNYA dihari kemudian, percayalah telah datang keampunan Allah Yang Maha Pengampun kepadamu,beserta nikmatNYA yang berlipat ganda.

Jangan sekali-kali berputus asa dari kasih sayang Tuhan, pada saat yang bagaimanapun. Bukankah dalam perut ibumu ada segumpal darah dan sejuta kasih sayang? Apabila DIA menginginkan engkau untuk menjadi penghuni JAHANNAM selama-lamanya, pastilah DIA mengosongkan hati mu dari keTAUHIDAN....

6)Istighfar & Taubat

Ya Tuhan, limpahilah hatiku dengan belas kasihMU, baik pada siang dan malam hari mahupun pada saat pagi dan petang silih berganti.

Tidak terlewatkan dalam hatiku, semasa aku tidur atau terjaga, kecuali mengingati namaMU antara jiwa dan nafasku.

Engkau telah masukkan ke dalam hatiku sebuah gagasan bahawa Engkau Maha Suci...

Telah banyak dosa yang ku perbuat, dan Engkau mengetahuinya. Namun, di saat petang menjelang dan pagi itu datang, aku masih juga membuat dosa...

Tuntunlah aku pada jalan yang telah ditempuhi oleh hamba-hambaMU yang soleh, dan jangan sesatkan aku dalam menapaki jejak agamaMU...

Bimbinglah aku di dunia ini, dan di akhirat kelak, serta cerahkanlah wajahku pada saat orang-orang bermuka masam..

7)Anugerah Allah

Aku melihatMU pada saat penciptaanku yang penuh dengan anugerah. Engkaulah sumber satu-satunya pada saat penciptaanku. Hindarkan aku dari anugerah yang buruk. Kerana sepotong kehidupan telah cukup bagiku hingga tiba saat Engkau mematikanku..

8)Merendah Diri Mengharap Belas Kasih

Dalam keadaan yang hina, yang jauh dari keagunganMU dengan segala rahsia yang tidak aku ketahui.
Dengan kepala menunduk dengan kesedaran yang dalam, dengan kedua tangan menengadah, ku mohon anugerah dan belas kasihMU ya Allah...
Dengan Asma'MU yang baik itu, ku panjatkan doa baik dengan puisiku mahupun dengan prosaku..
Dengan janjiMU yang terdahulu:"Bukankah Aku Tuhanmu?"
Dengan orang yang belum dikenali, kemudian dia dikenali dengan namanya..
Berilah aku setitis kasih sayang, duhai Zat Yang Maha Pengasih, agar hidupku tidak merana..

9)Perpisahan Dengan Dunia Menuju Akhirat
Abu Ibrahim Ismail bin Yahya mengatakan: Aku masuk menemui Imam Syafie ketika dia di dalam keadaan sakit dan akhirnya menyebabkan kematiannya.

Aku berkata kepadanya:"Bagaimana keadaanmu pagi ini?

Imam Syafie menjawab:"Pagi hari ini ku tinggalkan dunia. Aku berpisah dengan kawan-kawan. Aku telah minum 'piala' kematian. Aku edang menuju Allah SWT dan aku sama sekali tidak tahu akan ke mana rohku. Apakah ke neraka atau ke syurga?"

Aku(Abu Ibrahim) cuba menghiburnya.Imam Syafie lalu menangis sambil mengucapkan:
"Di saat hatiku membeku dan fikiranku kacau, kujadikan harapanku sebagai tangga menuju ampunanMU. Dosaku terlalu besar bagi diriku, akan tetapi ampunanMU lebih besar dibandingkan besarnya dosaku..

Selama ampunanMU masih mengalir, tidak ada dosa yang tidak terhapuskan, Engkau Maha Pemurah, Pengampun dan Maha Mulia.

Kalaulah bukan kerana Engkau, tidak seorang hamba pun yang tunduk kepada iblis. Bagaiman mungkin? Adam ilihanMU, telah dijerumuskan oleh iblis...

"Anda Tertipu dan Ditipu Sejarah?"

Lihatlah bagaimana Orang Kafir mengaburi anda mengenai sejarah...Sejarah yang tidak wujud diwujudkan...Anda hanya mengetahui bahawa Charles Darwin membawa teori bahawa manusia berasal drpd beruk...tapi sebenarnye dia juga membawa teori sejarah yang kite belajar skrang...sejarah Malaysia tu bkan la die buat jugak tau..hahaha..maksudnya zaman paleolitik, mesolitik dan logam tu la...

Friday, March 16, 2012

"Ehhh BOLEH lah tak pkai TUDUNG...."

Ce tengok video ni....best!!!!.tak caye tgk..hik hik hik...
memang la tak pakai tudung tu boleh..asalkan aurat anda tertutup..tak kisah la nak ganti tudung ngan tudung saji kew or kain pelekat kew...asalkan aurat ditutup..pahamm!!!!...

Ape???.Hidayah Allah tak datang lagi...weh ingat HIDAYAH ALLAH tu adik, akak, nenek or ibu korang kew boleh datang kat ko sendiri..kene lah usaha beb..

HIDAYAH tu petunjuk..Allah dah bagi pun petunjukNYA kat kowang sume..eh tak caye plak...AL-QURAN lah petunjuknya..dalam AL-QURAN da ad petunjuk ALLAH dah tentang kewajipan menutup AURAT..tapi mengapa masih ad yg CAKAP "aku tak dapat HIDAYAH(petunjuk) dari ALLAH lagi".....tak dicari mane nak dpt lew...mcm kat dunia ni nak sesuatu bkn nye FREE sume..usehe beb usehe...

nak tunggu sampai bile lagi????....Maut tak kira mase dan tak akan menunggu kite...ow baru ingat..HIDAYAH yg korang TUNGGU tu time da DIKAFAN tu kan..TIME tu lah aurat kowang tertutup sempurna kn...sampai TUTUP LITUP lg..SUBHANALLAH...INGATLAH JANJI ALLAH ITU BENAR...

Wednesday, March 14, 2012

"Woi!!!Siapa Kata???"...


SIAPA KATA?

SIAPA KATA USTAZ tak pernah buat DOSA..
SIAPA KATA PAKAR KAUNSELING tak ada MASALAH..
SIAPA KATA CIKGU tak pernah buat SILAP..
SIAPA KATA CHEF tak pernah masak NASI MENTAH..
SIAPA KATA DOKTOR tak pernah SAKIT..
SIAPA KATA PROFESOR tak pernah kena tipu..
(walaupun PROFESOR serba TAHU..)...

INGATLAH Bahawa,,

Semua MANUSIA yang HIDUP Di DUNIA ini,,
ALLAH berikan KELEBIHAN dan KEKURANGAN masing2..

ALLAH berikan KELEBIHAN,,
Bukanlah 100% diBERI semua pengeTAHUan..

ALLAH berikan KEKURANGAN,,
Bukanlah sehingga ia mengHINAkan..

Allah itu Maha ADIL..

Jika Allah beri semua manusia itu KEKAYAAN maka Allah mungkin tidak akan beri AKAL,,

Maka Allah berikan AKAL utk mencari KEKAYAAN (duniawi & ukhrawi),,

Jika Allah beri atau tidak kedua-duanya (KEKAYAAN & AKAL) mungkin itu satu ujian utk menguji keIMANAN seseorang...

"tidak boleh mereka berkata mereka sudah beriman selagi seseorang itu masih belum diUJI keIMANANnya"


Terkadang sengaja ALLAH menyulitkan perkara yang kita PAKAR,,
AGAR kita tidak perlu SOMBONG..
AGAR kita sentiasa menjadi HAMBA yang berSYUKUR kepada-NYA..
renung2 kan kawan2..

"Mari kenal SABAR anda..."


SABAR pun nak kene knal kew?..macam-macam lah kn..tapi itu lah yg mencerminkan ISLAM itu sempurna...semua perkara ada penerangan nya..INDAH kn ISLAM ni..jom kite knal ape dan SABAR mane yg kite ada..

keSABARan dalam bentuk ROHANIAH terbahagi kepada 5 :

1)IFFAH iaitu sabar menahan NAFSU dan SEKS...

2)TASAMUH iaitu menahan diri dan berLAPANG DADA dalam menghadapi LAWAN..bukan tunjuk dada kat lawan..heeeee...

3)KITMAN iaitu menahan diri dan memelihara RAHSIA, baik rahsia sendiri mahupun rahsia orang lain dan apetah lagi rahsia SUAMI ISTERI....simpan baik-baik ye syg rahsia kite berdua (contoh)..hihihi..

4)ZUHUD iaitu menahan diri dari GODAAN keduniaan dalam usaha memperoleh kebahagian di akhirat kelak...da biase dengar kn...

5)QANAAH iaitu menahan diri dari HIDUP BERLEBIH-LEBIHAN dan sentiasa merasa PUAS dengan kehidupan yang sesuai dengan hasil USAHA...

SABAR ni adalah menahan diri kita daripada sesuatu...so, kita ada kew sume kesabaran ni?...INSYAALLAH...banyak KELEBIHAN orang yang SABAR ni sebenarnya..cume kite je tak tahu..terkadang tu ad BATAS nye jugak kn kesabaran kite..tapi hati-hati jika ia mungkin ada kaitan dengan godaan SYAITAN...

Allah berfirman dalam surah AL-BAQARAH (klik sini)
Allah juga berfirman dalam surah AL-ANFAL (klik sini)

Cehhh..skrang blajar secara INTERAKTIF gitu...bkn MALAS eh..
Dengan cara ni boleh la tgk terjemahan yang pelbagai..dan juga blh dengar BACAAN yang betul dan sedap didengari...


InsyaAllah kita amalkan bersama-sama...Wallahua'lam..

Tuesday, March 13, 2012

"Korang TIDAK akan ke mana-mana.."

Dalam post ini saya ingin berkongsi ilmu yg diperoleh ketika berada di kelas "The Islamic Worldview" di UIAM dan beberapa tambahan daripada AKU sendiri...
Di dalam satu hadith yang berbunyi lebih kurang begini:

Daripada Ibnu Mas'ud (R), Rasulullah S.A.W bersabda:" Seseorang tidak akan berganjak dari tempatnya sehingga mereka ditanya akan 5 soalan ini di akhirat nanti:

1)Apa yg telah kamu lakukan sepanjang UMUR kamu?
2)Apa yg telah kamu lakukan dalam HIDUP kamu?
3)Bagaimana kamu membelanjakan masa MUDA kamu?
4)Bagaimana kamu mencari REZEKI & HARTA dan ke mana kamu belanjakan?
5)Bagaimana kamu memperoleh ILMU & mcm mana ILMU itu diAMALkn?

(*maaf kerana tidak mnyatakan riwayat siapa kerana hadith yg dinyatakn di dlm kelas secara lisan oleh lecturer tanpa mnyebut riwayat, InsyaAllah hadith sahih sperti yg dinyatakan lecturer)

KITA hidup BERKHIDMAT untuk ISLAM, bukannya ISLAM BERKHIDMAT untuk KITA ;
KITA yang menolong AGAMA kita, bukannya AGAMA kita yang MENOLONG kita;
Barulah ISLAM itu menjadi halatuju hidup KITA....(^_^)...

Selain itu,
JANGANLAH kita bertuhankan orang A'LIM seperti menyanjungnya lebih dari ALLAH & RASULULLAH S.A.W...(cth: setiap perilaku yg tiada dlm SUNNAH pun menjadi ikutan & dengan niat selain mngikut SUNNAH RASULULLAH)..tetapi hidup mestilah berlandaskan ALLAH & RASULNYA...Orang A'lim hanya sebagai penyampai dan penyambung kerja Nabi dan telah diberikan kelebihan darjat oleh Allah..tak perlulah menyanjung secara berlebihan yakni TA'ASUB..keTA'ASUBAN ini akan membawa kepada pepecahan umat seperti TA'ASUB berPOLITIK atau TA'ASUB mengikut orang A'LIM sehingga membuat satu group yang mengasingkan mereka daripada masyarakat untuk kepentingan sendiri..

Tambahan pula,
Kita BERPECAH/BERMAZHAB bukan sebab bercanggah dlm AL-QURAN tetapi bercanggah dlm berHADITH..Kita TIDAK disuruh mengikut hadith tetapi kita disuruh dan perlu mengikut SUNNAH Rasulullah..contohnya BERDIRI TEGAK ketika solat; bagi Mazhab Maliki, kedua tangan hendaklah lurus ke bawah selepas takbiratul ihram dan bagi Mazhab Syafie', meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri (faham2 la ye)...kedua-dua Mazhab ada HUJAH hadith masing-masing..tetapi apa SUNNAHnya???...haaaaa...SUNNAHnya adalah BERDIRI TEGAK, tidak kiralah tangan mcm mana pun asalkan BERDIRI TEGAK..rukun SOLAT yg kita belajar pun BERDIRI TEGAK, takda pun nyatakan tangan mcm manekan..Jap2!!!..RUKUN SOLAT ad berapa dan rukun TERAKHIR ape?(jawab dlu sebelum bace seterusnya)...betulkah anda jawab tiga belas & tertib...ada jugak yang jawab rukun solat yg AKHIR adalah SALAM..hahaha..amboi gelak jahat..Alhamdulillah klo betul..klo salah CHECK balik solat tu..hehehe..

Akhir sekali,
Dan ketahuilah salah satu daripada SIFAT ISLAM(Rabbaniyyah, Syumuliah,A'lamiah & At-tawazan(seimbang/sederhana)..)..yakni ISLAM itu SYUMUL (sempurna dlm segala aspek)..Hanya Islam yg mengajar kita cara untuk hidup (cth:nak ketandas pun ad cara & nak bersama isteri pun ada cara)..maka memang sempurna Islam ini..Allah berfirman:"telah AKU sempurnakan ISLAM bagi kamu, dan AKU redha ISLAM sebagai AGAMA kamu"...bezanya dengan agama lain adalah Agama laen asyik cite pasal TUHAN mereka je..takdo nak cito2 pasal kehidupan sgt..hehehe..sbb tu ramai Kristian tak ikut sgt ape yg ada dlm BIBLE sbb itulah..apa yg dinyatakan oleh lecturer AKU,perempuan Kristian yg tidak memakai SHAWL or selendang/tudung whatever, mereka hendaklah mencukur kepala mereka..tetapi mreka tak ikut pon..Oleh itu yakinlah bahawa ISLAM sebagai "THE WAY OF LIFE" dan bknnya AGAMA semata-mata...Wallahua'lam..

Monday, March 12, 2012

"BerIMAN ke AKU & ISLAM kah AKU???"




Sudah pasti anda biasa mendengar ayat ini : "Semua yang BERIMAN (mukmin) itu adalah orang ISLAM (muslim), tetapi bukan semua MUSLIM itu adalah MUKMIN..

Ayat ini membawa maksud yang jelas iaitu apabila seseorang itu PERCAYA & YAKIN sepenuhnya akan apa-apa yang terkandung di dalam RUKUN IMAN [Percaya dan Yakin 1)Allah sebagai tuhan..2)Malaikat itu wujud..3) 4 Kitab suci yang pernah ada... 4)Semua Rasul-rasul bknnya Nabi Muhammad sahaja (ramai yang salah ini)...5) Akhirat itu pasti..6) Qada' & Qadar Allah itu benar...]...maka mereka akan melakukan semua RUKUN ISLAM [1) hanya Allah sbg TUHAN, & Nabi Muhammad S.A.W sbg Rasul...2)Solat 5 waktu sehari semalam...3)Berpuasa di bulan Ramadhan...4) Membayar zakat..5)Menunaikan haji bg yg berkemampuan..]..dengan sempurna kerana dia yakin ALLAH itu tuhannya...Dan bagi mereka yang tidak melaksanakan apa yang ada dalam RUKUN ISLAM maka mereka blh dikatakan TIDAK mempunyai kepercayaan dan keyakinan SEPENUHNYA terhadap apa-apa yang ada dlm RUKUN IMAN...

Maka MUKMIN adalah orang yang punyai kepercayaan "SEPENUHNYA" terhadap RUKUN IMAN dan apabila seseorang itu percaya akan RUKUN IMAN maka sudah semestinya dia melaksanakan RUKUN ISLAM..

Jadi, ce bertanya diri "BERIMAN kah AKU, Tak pun ISLAM kah AKU???"..
Jangan atas NAMA sahaja...Wallahua'llam..

"Tentang Jiwa yang Kotor"



Dalam satu hadis yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w sebagai berikut :
"Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh sesuatu penyakit umat. Para Sahabat bertanya: "Apakah penyakit umat itu?".

Rasulullah menjawab:

1)Kufur nikmat
2)Sombong
3)Tamak
4)Berlumba-lumba buat jahat
5)Benci-membenci
6)Dengki melampaui batas

Popular Posts