Saturday, July 21, 2012

~AdaKAH anDA oraNG TErgolong DalAM MimPi RasULULLah S.A.W~


9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
 

~Anda TAHu pEriStIWa 17 RAmaDhAn?~

Peristiwa Badar


Jumaat 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali sebagai perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

Peperangan ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota yang berhadapan dengan 1000 anggota tentera Musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera Musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

~cArA SenaNg DpTkan pAHala WalaUPUn Slps Mati~

--> pasang kipas di surau/masjid walaupun 1, setiap kali org gune, anda dpt pahala walaupun slpas mati.

--> derma kerusi roda di hospital. setiap kali pesakit guna, anda akan dapat pahala.

--> sedekah baju kepada orang, setiap kali orang pakai. anda dapat pahala.

--> beri makanan kepada orang, anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya.

--> menyampaikan ilmu yang bermanfaat, selagi mereka mengamalkan pahala amda tetap ada.

--> kongsi post ini kepada orang ramai walaupun seorang, anda akan dapat pahala sebab anda telah berdakwah utk menyampaikan ilmu.

bermacam-macam care mudah kte blh dpt pahala, asalkan memberi dgn ikhlas...

....tangan yang memberi lebih baik daripada yg menerima...

Friday, July 20, 2012

~FaDiLaT SoLat TeRawIh daN KeLeBiHan RamaDHan ~

"barangsiapa yang mendirikan solat (terawih) pada malam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas maka Allah akan mengampuni dosa nya yang telah lalu"-riwayat Muslim-

Hadis Abu Hurairah R.A:
"Rasulullah S.A.W beersabda : Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu"

Abu Hurairah telah berkata:
aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : sesiapa yang  mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu- hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi.

Popular Posts