Monday, July 30, 2012

~perISTiWa 10 RaMADhan yaNG KoWAng x TAu~


Tertawannya Garis Bar Lev, Israel


Pada 10 ramadhan 1390 hijrah bersamaan 6 oktober hingga 22 atau 24 oktober 1973 masihi dalam sejarah moden berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel. Perang Yom Kippur juga dikenali sebagai perang Arab-Israel 1973, perang oktober, dan perang ramadhan.

Peperangan ini adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Jun 1967 merakamkan pertempuran yang mana di utara, Israel berjaya menakluki Bukit Golan, Syria. Manakala di selatan, Israel menakluki semenanjung Senai, Mesir sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan yang dinamakan Garis Bar Lev sempena nama jeneral Israel, Haim Bar Lev.

Tanggal 10 Ramadhan 1390 Hijrah dalam peperangan 6 oktober, tentera Islam pakatan Mesir dan Syria berjaya menawan semula Bukit Golan dan Semenanjung Senai apabila tentera Israel terpaksa berundur mengalah dalam pertempuran tersebut.


Pembukaan Kota Mekah


10 Ramadhan tahun ke-6 hijrah, peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar erjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. dalam perjanjian tersebut, telah dipersetuji bahawa kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang dan setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Nabi Muhammad SAW ataupun sekutu Quraisy.

Malangnya,perjanjian dikhianati oleh uak musyrikin Quraisy. Ekoran itu Rasulullah SAW mengerahkan ratusan ribu umat Islam mara ke Mekah. Baginda menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy. kemaraan umat Islam tidak mampu disekat oleh Musyrikin Quraisy. Akhirnya umat Islam berjaya memasuki Kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts