Thursday, May 3, 2012

"Kau Takde Hak Pon Nak Kafirkan Aku"


Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :

    "Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya (se-islam) dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "

bererti jika di akhirat nnt jika org yg dituduh itu tidak kafir maka org yg menuduh itu yg akan kafir...

Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :

    "Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."

 Kita disuruh mengislamkan orang dan bukannya mengkafirkan org. Tak ada satu hadis pun yang menyuruh orang Islam mengkafirkan sesama Islam. Tuduhan kafir hanya dibenarkan jika JELAS terdapat bukti-bukti kekafirannya.itu pun mesti dihadapkan kepada pihak penguasa utk membuat ketetapan dan bukannya kerja individu. Kita boleh jadi murtad melalui tiga perkara iaitu iktiqad,lisan dan perbuatan. Hanya Allah yg tahu kedudukan sebenar dia disisi NYa. Kita sesama Islam disuruh bersangka baik. Jadi tidak boleh dgn mudah melemparkan perkataan kafir kpd pelaku maksiat spt penzina, peminum arak, dll. Ulamak ASWJ telah sepakat melakukan dosa besar tidak menjatuhkan seseorang itu menjadi kafir. Kalau nak selamat peliharalah lidah.

menghukum biarlah ada landasannya iaitu al-quran dan sunnah....hanya Allah s.w.t berhak menghukum....

Popular Posts